Sumatera Timur
Sumatera Timur

Sumatera Timur

Sumatera Timur didirikan oleh Belanda pada 25 Disember 1947 dalam usaha untuk mempertahankan daerah yang kaya dengan minyak dan perkebunan tembakau dan lobak di daerah yang ketika ini menjadi provinsi Sumatera Utara pesisir timur. Bagi Belanda, hasil perkebunan lobak dan minyak adalah sangat penting dalam usaha penjajahan kembali wilayah Indonesia yang luas. Sebelumnya pada 8 Oktober 1947, Belanda mengisytiharkan Daerah Istimewa Sumatera Timur dengan gabenor Dr. Tengku Mansur, seorang bangsawan Kesultanan Asahan yang juga ketua pertubuhan Persatuan Sumatera Timur.[2]Negara Sumatera Timur (NST) merupakan salah satu wilayah buatan Belanda yang bertahan dalam tempoh yang lama selain Indonesia Timur disebabkan terdapat banyak faktor kompleks yang membentuk persekutuan anti-republik. Persekutuan tersebut terdiri atas kaum bangsawan Melayu, sebahagian besar raja-raja Simalungun, beberapa ketua suku Karo dan kebanyakan tokoh masyarakat Cina. Mereka semua berasa kedudukannya terancam dengan berdirinya negara baru. Perasaan itu muncul kerana pada masa-masa awal tahun kemerdekaan terdapat pengalaman pahit dengan tekanan kaum muda pro-republik yang begitu anti bangsawan dan anti kemapanan. (Sila lihat revolusi sosial 1946) Dengan datangnya Belanda bersama British (dan juga setelah Agresi Militer I) di Sumatera, persekutuan anti-republik mendorong dan menyambut tertubuhnya NST. Walau bagaimanapun ramai juga rakyat yang menentang tertubuhnya NST dan melakukan perlawanan tentera terhadap Belanda. Setelah perjanjian KMB disetujui, maka pada tarikh 3 hingga 5 Mei 1950 diadakan perundingan antara perdana menteri RIS M.Hatta dengan Presiden NST Dr. Tengku Mansur (juga dengan Presiden Indonesia Timur Sukawati) yang bersetuju dengan pembentukan negara kesatuan. Pada 13 Mei 1950 Dewan Sumatera Timur menentang kepututsan tersebut. Namun demikian Dewan Sumatera Timur masih bersedia untuk menerima pembubaran RIS dengan syarat NST dileburkan ke dalam RIS, bukan RI. Pada 15 Ogos 1950, terbentuklah Negara Persekutuan Republik Indonesia dan NST bubar.[3][4]

Sumatera Timur

• Dibubarkan Dibubarkan
Walinegara  
• 1947-1950 Tengku Mansur[1]
Sejarah  
• DidirikanDidirikan 25 Disember 1947 1947